Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Friday, July 10, 2015

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam hormat,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ...


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Tuesday, December 2, 2014

KEPALA BALAI INSEMINASI BUATAN LEMBANG, INDONESIA MELAWAT PROJEK INTEGRASI PASFA

Salam hormat,

Balai Inseminasi Buatan, atau Pusat Permanian Beradas, Lembang Bandung Indonesia, yang diketuai oleh Drh Oloan Parlindungan, bersama dua kakitangan yang lain, telah mengadakan lawatan singkat ke projek integrasi PASFA di Ladang Bukit Kerisek, Muadzam Shah, Rompin Pahang pada 26.11.14 lalu.


                         Drh Oloan (no3 dari kiri) dan Ahli Rombongan

Mereka ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi bagaimana peternakan lembu pedaging secara integrasi dijalankan. Tinjauan ini boleh memberikan gambaran kepada mereka bagai mana  air mani beku yang telah mereka hasilkan boleh dimunafaatkan di projek-projek seperti ini di Malaysia.

Peternakan lembu di PASFA telah dirancang pada tahun 2015 untuk memasukan teknologi permanian beradas ini sebagai sebahagian daripada aktiviti pembiakbakaannya.

PASFA lebih-lebih lagi berminat untuk menggunapakai air mani yang telah diasingkan mengikut jantina anak yang akan dilahirkan (sexed semen). Harga setiap straw adalah sekiatran RM50.00. Mengikut badan ini, kadar ketepatan jantina anak yang akan dilahirkan hanyalah sekitaran 80%. Bermankanya 20% akan berlaku kelahiran anak mempunyai jantina yang berlainan. Misalnya, jika straw anak jantan digunakan, kemungkinan lahirnya anak betina masih ada, sekitaran 20%.

Jika penggunaan sexed seman ini berjaya dan meyakinkan, PASFA akan memunafaatkan baka-baka seperti Charolais, limousne, Blue Bega dll. untuk mempertingkatkan mutu ternakan dan lembu baka yang akan dihasilkan. Kaedah ini membolehkan aktiviti pemasaran hasil dijalankan dengan lebih berkensan, seterusnya ia mampu meningkatkan keuntungan syarikat di masa-masa yang akan datang.


                         Anak Kacukan Brahman Di Ladang Bukit Kerisek

Di sepanjang MAHA di adakan, badan ini telah turut serta membuat pamiran produk-produk air mani beku keluaran mereka, untuk pasaran negara kita.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, November 24, 2014

EN JURIS SEORANG ORANG ASLI YANG BERJAYA MENTERNAK LEMBU

Salam hormat,

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2003, dan dalam tempoh kira-kira 10 tahun, beliau mempunyai hampir 600 ekor ternakan lembu pedaging. Saya menganggarkan aset ternakan beliau bernilai melebihi RM500,000.00.

Menurut sejarahnya, bapa beliau telah juga menternak lembu pedaging secara kecil-kecilan satu ketika dahulu. Di masa itulah beliau mula diberikan pendedahan kepada pemeliharaan ternakan lembu ini. Pada mulanya beliau tidak berminat dengan kegiatan ini, tetapi lama kelamaan apabila jumlah jualan mencecah 20 ekor sekali jual, keyakinan dan minat beliau untuk meneruskan ketahap lebih besar timbul. Beliau terus mengusahakan gerompok ternakan ini bersama ahli keluarga, khususnya dengan anak beliau yang ke dua, sehinggalah ke hari ini.


Beliau menternak lembu di kawasan tanah milik FELCRA, yang mana beliau telah mendapat kebenaran secara bertulis. Sungguh pun menternak di bawah kelapa sawit, beliau tidak menjalankan projek integrasi sepenuhnya. Tiada pagar elektrik diguna dan tiada sistem pusingan petak raggutan di amalkan. Dari segi baka, ternakan beliau terdiri daripada lembu tempatan (KK) dan kacukan Brahman. Kadar kelahiran secara purata 70% setahun. Saya perhatikan En Juris memberikan garam jilat kepada ternakan lembu beliau. Garam jilat dibeli daripada pekan Bahau di N. Sembulan. Saya juga perhatikan susuk badan ternakan beliau amnya amat baik ( skor badan secara purata antara 7 ke 8).



Beliau menerima perkhidmatan daripada JPV Muadzam Shah. Projek beliau juga pernah menerima bantuan JPV di bawah skim TRUST sebanyak 20 ekor. Kini satu percubaan menggunaakan nombor pengenalan berkonsepkan RFID sedang dilaksanakan.

Dari sudut pengurusan pula, tidak banyak aktiviti harianya. Pentingnya beliau melakukan rondaan 2 ke 3 kali dalam sehari dan sekali daripadanya disebelah malam. Sungguh pun demikian, menurut beliau lagi, kehilangan ternakan pernah berlaku terutamanya apabila mendekati musim perayaan orang Melayu seperti Hari Raya Puasa dan Korban. Rutin beliau, sebelah pagi dan petang bersama ternakan dan tengah hari beliau meneruskan usaha membangunkan kira-kira 40 ekar tanaman sawit. Saya percaya dengan tambahan perladangan sawit milik sendiri, satu masa nanti beliau akan mencapai tahap seorang jutawan.



Skian, untuk renungan kita bersama.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 21, 2014

EKONOMI BIDANGUSAHA

Salam hormat,

Kajian saya terkini (2014) mendapati projek ini masih menguntungkan. Bagi satu projek di perladangan kelapa sawit di Gambang, Kuantan, seluas 1,000 ekar, hanya sekitaran 500 ekar sesuai dilaksanakan projek. Saiz induk pembiak ialah 70 ekor dan 3 ekor pejantan. Kadar pulangan Dalaman projek ini (IRR) ialah 22% dan titik pulang modal pada tahuan ke 6.

Pendapatan projek ialah hasil jualan lembu pedaging, sama ada untuk tujuan penyembelihan mahu pun untuk pembiakkan. Hasil kedua ialah perkongsian keuntungan daripada penjimatan kos merumpai. Bagi projek di atas, jualan lembu pedaging ialah sebanyak 30 ekor dan bermula pada tahun ke 3. Pendapatan daripada penjimatan kos merumpai ialah sebanyak RM28,500 setahun (purata).

Kos Tetap Projek adalah seperti berikut:-

1. Kandang (sebuah) : RM60,000.00
2. Alat timbang (satu unit) : RM4,000.00
3. Set pagar elektrik (2 unit ): RM7,000.00
4. Pondok mudah alih ( satu unit ): RM15,000.00
5. Tangki aiat mudahalih (satu unit): RM10,000.00

          Jumlah: RM96,000.00

Kos berubah (Tahun Pertama) adalah seperti berikut:-

1. Makanan tambahan: RM8,000.00
2. Pengurusan: RM21,600.00
3. Ternakan Lembu : RM140,000.00
4. Lain-Lain kos: RM5,000.00

        Jumlah: RM175,100.00
        Bagi tahun-tahun berikutnya: RM34,600.00


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Wednesday, May 15, 2013

KESIHATAN TERNAKAN GEROMPOK (GAHP)

Salam hormat,

Asas kepada keberkesanan aktiviti kesihatan gerompok ialah nombor pengenalan ternakan dan sistem rekod yang digunakan. Tanpa kedua ini, penilaian sukar dibuat. Semasa ternakan mula di bawa masuk dan diorientasikan di dalam kandang yang disediakan, satu aktiviti utama ialah memberikan nombor pengenalan kepada semua ternakan.


Adalah digalakkan supaya nombor diberikan kepada kedua-dua telinga (kiri dan kanan). Biasanya tag nombor ini tidak kekal, dalam lingkungan 3 bulan ia boleh tanggal atau terjatuh. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan yang besar serta implikasi ekonomi bidangusaha, apabila satu tag telah jatuh, dengan segera di ganti.

Dari sudut rekod pula, memadai menggunakan buku (sebarang buku). Apa yang mustahak butiran yang perlu ada di dalam rekod individu ternakan berkenaan. Butiran yang biasa, termasuklah tarikh masuk ke ladang, umur, warna (jika sesuai) dan catitan kesuburan (apa bila pemeriksaan di lakukan). Kenyataan am pula mengandungi perkara-perkara yang berlaku kepada ternakan tersebut, misalnya pengambilan sebarang contoh makmal (darah, tinja dan sebagainya). Kita tidak mengalakkan butiran yang perlu di rekod terlalu banyak hingga menyulitkan pengurusan untuk mengemaskini rekod berkenaan. Perlu di ingat rekod individu ini diperguna sewaktu pengoditan stok.

Kebiasaanya semua ternakan yang di masukkan ke program ini adalah bebas daripada penyakit-penyakit tertentu, misalnya Brucellosis, Johnes dan TB. Dari sudut pengurusan pula, ia ditadbir secara gerompok tertutup (closed herd).

Sebelum ini juga saya ada menyatakan, disepanjang laluan atau pusingan raggutan, ada sebuah kandang. 



Apabila ternakan melalui petak ini, ia akan di masukkan ke dalam kandang untuk dilakukan beberapa aktiviti, seperti:-

      1. Kiraan stok ( Head count),
      2. Pemberian nombor pengenalan baru dan yang terjatuh,
      3. Pemeriksaan kebuntingan ( Pregnancy diagnosis ),
      4. Saringan darah ( jika bersesuaian),
      5. Penimbangan ternakan (untuk jualan dan mengesan kadar penbesaran),
      6. Pemvaksinan penyakit tertentu ( yang endemic bagi kawasan
          berkenaan),
      7. Pemberian ubat cacing.




Ternakan yang hendak di jual untuk daging atau pun disebabkan proses takaian di simpan di kandang. Ternakan lain meneruskan pusingan ragggutan ke petak bersebelahan. Pegawai projek akan menguruskan ternakan ini untuk di jual.

Bagi program kesihatan gerompok ini, kebiasaanya telah di rancang setahun lebih awal serta disahkan antara CEO dan pegawai teknikal JPV(pengembangan) pada sesuatu tarikh. Lawatan mereka ini diberi nama Lawatan Terancang dan BerJadual, ringkasnya LTJ.

Setiap projek integrasi mempunyai sasaran tahunan. Biasanya kita menetapkan seekor ibu (induk) melahirkan seekor anak setiap tahun. Jadinya selepas kegiatan kesihatan gerompok ini, pegawai projek adan CEO akan mengetahui status ternakan dan peratusan yang telah bunting.

Bagi ternakan yang berulang kali sampai ke kandang dan jika 3 kali di dapati tidak bunting, ternakan tersebut di cadang untuk di takai dan diganti dengan yang lebih produktif. Ini semua dibuat bagi memastikan produktiviti projek senantiasa tinggi dan akhirnya menyumbang kepada keuntungan pada tahun yang telah diunjurkan di peringkat perancangan projek.

Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Tuesday, May 14, 2013

BIDANGUSAHA TERNAKAN DAN PENGURUSAN AM

Salam hormat,

Pada saat ini elok saya kembali kepada bidangusaha ternakan itu sendiri serta pengurusannya.

Penulisan saya sebelum ini, sering saya merujuk kepada pengembala ternakan sahaja. Siapa lagi yang seharusnya ada di dalam satu-satu projek PINTAR? Pengalaman saya dalam mengerakkan projek ini, supaya berjalan dengan baik dan menguntungkan, elok ada seorang pegawai atau eksekutif dan sesuatu projek atau bidangusaha ini di ketuai oleh seorang CEO.

CEO ialah mereka yang dilantik oleh lembaga pengarah syarikat yang ditubuhkan bagi projek ini. Bermakna dia bertanggungjawab kepada ahli lembaga pengarah syarikat. Dari sudut strukturnya, lebih kurang seperti berikut:-


Perhatikan saya mencadangkan ada dua orang pekerja am atau pengembala. Di dalam satu-satui projek mereka inilah yang penting dan melaksanakan kerja hari ke hari. Jika seorang, bahayanya nanti ternakan tidak diawasi apabila pengembala ini jatuh sakit atau kurang sihat. Kalau CEO atau eksekutif projek tidak sehat, projek masih boleh berjalan seperti biasa.

Sesuatu projek ternakan, aspek kesihatan gerompok menjadi penting. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan ternakan, tetapi juga aspek kesihatan awam. Bermakna CEO adalah merupakan pegawai yang akan menerima nasehat dan berdampingan dengan struktur kerajaan, bagi negara kita Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam memastikan kedua-dua aspek ini diambil perhatian serta peranan di sepanjang tempoh perjalanan projek.

CEO juga merupakan individu yang mengawasi aliran tunai projek ( project cash flows ) serta menyediakan sebarang laporan atau maklumat yang diperlukan oleh ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan berkenaan projek.

Pegawai Projek pula adalah merupakan penyelia kepada pekerja dan segala aspek hari-ke-hari perjalanan bidangusaha. Beliau juga boleh diamanahkan sebagai pegawai pemasaran hasil bidangusaha.

Perlu juga saya ingatkan pada ketika ini, hasil pengalaman yang lepas bagi sesuatu projek ini ia tidak boleh berjalan bersendirian. Setiap projek akan disediakan satu sistem sokongan (support system) oleh kerajaan. Bermakna bagi pihak kerajaan ialah JPV. Dari satu sudut, aspek perkhidmatan kesihatan gerompok diberikan oleh JPV dari masa ke semasa. Ini untuk memastikan projek senantiasa berada di landasan yang betul dan berproduktiviti tinggi. Bagi sesuatu projek swasta untuk menyediakan sendiri perkhidmatan veterinar, bukan tidak boleh, akan tetapi mahal. Pada peringkat tertinggi kerajaan pula, sesuatu projek ternakan secara integrassi ini adalah merupakan perlksanaan sesuatu dasar peternakn yang telah digubal mereka. Ini juga bermakna pihak kerajaan ingin mengetahui sejauh mana perlaksanaanya dan akhirnya tahap penghasilan dagng ruminan negara. Jadinya, CEO projek perlu senantiasa berdampingan dengan pegawai JPV dalam konteks ini.





Bagi tujuan yang sama, JPV telah meletakkan pegawai-pegawai mereka yang berpengalaman dalam projek PINTAR ini di 21 lokasi projek tumpuan di seluruh semenanjung. Lihat paparan berikut:-




Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, May 13, 2013

PEMINDAHAN TERNAKAN

Salam hormat,

Berikut saya akan menerangkan proses pemindahan ternakan dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain. Ia bukanlah satu perkara yang rumit.

Kawasan yang hampir sama luasnya, di mana ternakan akan di pindahkan, disedia sehari sebelum ternakan di pindahkan. Biasanya kawasan ini bersebelahan kawasan yang sedang di raggut. Ini bagi memastikan semua kawasan di rumpai secukupnya. Bekalan air minuman turut disediakan dengan memindahkan kemudahan ini daripada petak sebelumnya (satu daripada tugasan pengembala).

Dalam rajah berikut, ternakan akan dipindahkan daripada petak A ke petak B.


Sewaktu pemindahan, pengembala hanya memutuskan talian pagar, sebagai contoh di kawasan anak panah. Perkara ini menjadi mudah jika pengembala ini sudah biasa dan telah mengajar ternakanya dengan menggunakan signal atau suara tertentu untuk mengarahkan ternakan supaya pindah kawasan.

Beberapa perkara penting perlu dilakukan oleh pengembala, setelah ternakan siap dipindahkan.

         1. Pastikan tiada ternakan, terutamanya ibu dan anak yang baru di
             lahirkan, tertinggal di petak lama,
         2. Apa sahaja perkara yang berlaku dan perlu di rekod, pengembala
             perlu membuat laporan kepada ketua, terutamanya kes-kes kelahiran
             supaya ibu kepada anak itu di ketahui,
         3. Segala rumpai yang ditinggalkan dan tidak dimakan ternakan
             perlu dibersihkan (tebas),

Apabila rumpai yang tidak dimakan ternakan senantiasa dibersihkan, pada setiap kali pusingan raggutan, akhirnya yang tumbuh di kawasan ini ialah rumpai makanan lembu sahaja, dan ladang berkeadaan bersih dan cantik.


Kawasan perladangan yang diurus melalui sistem integrasi ini kelihatan bersih, seperti gambar berikut.




Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun