Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Sunday, November 4, 2012

LEMBU PEDAGING SEBAGAI SATU TEKNOLOGI KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT

Teknologi bole ditakrifkan sebagai Sesuatu kaedah yang lebih baik untuk melakukan sesuatu kerja ( A better method of doing something ).

Salah satu daripada teknologi yang agak lama dan masih diterima pakai oleh sektor perladangan sehingga ke hari ini ialah penggunaan Burung Hantu bagi mengawal tikus-tikus yang boleh merosakkan buah kelapa sawit.



Saya juga perhatikan ada beberapa buah ladang tertentu telah menggunakan khidmat Kerbau (sebagai satu teknologi), untuk memungah dan mengangkut buah-buah sawit ke lokasi yang mana kenderaan lain boleh mengambilnya.



Kita juga mengetahui beberapa buah ladang GLC dan swasta juga telah menggunakan teknologi lembu pedaging ( saya biasa sebutkan sebagai racun cap gigi ) sebagai ejen merumpai yang berkesan di dalam ladang-ladang mereka.



Cuma kita dimaklumkan jumlah ladang yang menggunakan teknologi ini terlalu kecil berbanding dengan keluasa kawasan sawit yang ada. Oleh yang demikian kesanya terhadap pengurangan jumlah pekerja asing adalah tidak banyak. Penggunaan teknologi ini terbukti mampu mengurangkan jumlah pekerja di ladang (paparan berikut). Bermakna, kita boleh mengantikan khidmat pekerja asing ini dengan menjalankan peternakan lembu pedaaging secara saintifik di ladang-ladang sawit.





Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Friday, November 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR: NEW STRAITS TIMES DISEMBER 10, TAHUN 2001

Menurut kenyataan tersebut (lihat gambar di bawah), sebanyak RM5 billion wang negara mengalir keluar dalam setahun, melalui pekerja asing yang bekerja di dalam negara kita. Kemungkinan sekarang amaun yang mengalir keluar ini jauh lebih banyak daripada itu. Juga saya yakin kita semua mengetahui, salah satu sektor yang ramai mengaji pekerja asing ini ialah sektor perladangan sawit.



Persoalanya, apakah yang boleh sektor ini lakukan bagi mengurangkan pengaliran wang tersebut? Satu daripada usaha yang boleh dilakukan dan telah TERBUKTI berkesan ialah dengan menggunakan ternakan lembu pedaging, yang diternak secara saintifik, sebagai ejen merumpai di ladang-ladang sawit.

Bagaimana caranya? Saya akan menerangkannya, melalui blog ini dalam penulisan di masa yang akan datang, secara terperinci bagaimana sistem ini boleh dilaksanakan.

Saya sedar kalau kita perhatikan secara dekat isu ini, usaha untuk mengurangkan pengaliran keluar wang negara ini bukanlah terletak atau menjadi tanggungjawab The Planters. Tetapi jika mereka ini mempunyai tanggungjawab sosial, maka usaha pengurangan jumlah pekerja asing di sektor ini boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing, tanpa menjejaskan produktiviti ladang.

Mungkin soal tanggungjawab sosial atau semangat petriotisma amnya boleh dilihat membebankan, tetapi jelas fakta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pengalaman saya sendiri membuktikan ia memberikan keuntungan kepada ladang. Apakah soal keuntungan ini tidak penting kepada aliran tunai sesebuah ladang? Cuba teliti penjimatan oleh sebuah ladang, apabila menggunakan ternakan lembu pedaging sebagai ejen merunpai, lihat paparan berikut,



Bagi kawasan seluas 100 hektar dalam tempoh 15 tahun  ( kira satu pusingan sawit) penjimatan mengikut kiraan tahun 2001 ( di atas ) ialah sebanyak RM66 juta. Mengikut kiraan semasa ia mungkin mencecah RM100 juta. Apakah nilai RM100 juta ini kecil? Fikir-fikirkanlah...


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun