Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Monday, May 13, 2013

KEPADATAN TERNAKAN BERUBAH MENGIKUT UMUR KELAPA SAWIT

Salam hormat,

Berikutnya saya akan mengupas hubungkait kepadatan ternakan (stocking density) di dalam satu-satu projek.

Saya mengingatkan semula bahawa kehadiran ternakan lembu di ladang-ladang sawit, salah satu daripada tujuan utama ialah untuk merumpai tumbuhan hijau yang terdapat. Dengan itu penggunaan racun dan tenaga buruh dapat di elakkan. Kita juga mengetahui bahawa banyak atau sedikitnya bahan hijau yang ada pula berkait rapat dengan keteduhan sesuatu kawasan (shading effect). Lihat paparan berikut.




Amnya, kadar kepadatan ternakan akan berubah mengikut umur sawit. Pada peringkat awal umur sawit, di mana kita akan mendapati bahan hijau yang begitu banyak, kita menggalakkan supaya bermula dengan kadar seekor ternakan dewasa untuk 4 hektar luas kawasan. Untuk menghabiskan rumpai yang begitu banyak, pada pusingan awal anda letakkan ternakan di kawasan ini bagi tempoh yang lebih lama, misalnya 4 hari. Di pusingan-pusingan yang akan datang anda sesuaikan dengan tumbuhan yang ada. 

Teramat penting anda membuat pemantauan setiap hari dan memindahkan ternakan ke pitak yang baru, sebaik sahaja rumpai habis diraggut. Gambaran kawasan yang diraggut secukupnya adalah seperti gambar di bawah.





Anda jangan lewat memindahkan lembu ke petak yang baru, biasanya bersebelahan kawasan yang sedang di raggut, jika ini berlaku kemungkinan ternakan memakan daun sawit adalah tinggi. Demikian juga dengan buah sawit yang lerai yang mungkin terdapat di petak berkenaan.



Anda perlu berwaspada apabila umur sawit mencecah 10 tahun. Pada umur ini, kemungkinan anda terpaksa mengurangkan jumlah ternakan kepada 1 ekor lembu dewasa bagi setiap 10 hektar. Rumpaiyang ada tidak lagi mampu menampung jumlah ternakan yang ada walau pun tempoh raggutan dipendekkan.

Dalam keadaan ini, kita tidak di galakkan membawa makanan tambahan daripada mana-mana punca. Ingat, projek PINTAR ini adalah merupakan sistem bersumber rendah (low input system). Masalah kekurangan bahan hijau hanya ditangani dengan mengurangkan jumlah ternakan. Jika tidak di lakukan produktiviti ternakan akan jatuh dan seterusnya ia akan mengganggu aliran tunai projek di sebabkan matlamat projek tidak tercapai.

Sebelum mengurangkan jumlah ternakan anda boleh mempercepatkan pusingan (rotation), misalnya pindah setiap dua hari dari satu-satu petak raggutan.


Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Sunday, March 17, 2013

PEROLEHAN TERNAKAN

Salam hormat,

Berikut sedikit sebanyak perihal perolehan ternakan, yang perlu diambil perhatian.

Sebelum ini saya ada menyatakan serba sedikit, baka ternakan yang paling sesuai untuk digunakan di dalam sistem integrasi atau PINTAR ini ialah baka tempatan, atau lebih dikenali dengan baka Kedah-Kelantan (ringkasnya KK). Baka inlah sahaja yang mampu memberikan sasaran produktiviti seekor anak/ibu/tahun. Anda perlu ingat, ekonomi bidangusaha PINTAR amat bergantung kepada kadar kelahiran anak setiap tahun. Berkatan dengan hal ini juga di dalam pengurusan gerompok, yang akan disentuh kemudian, mana-mana ibu yang gagal mencapai sasaran ini akan ditakai daripada projek.

Saya perlu ingatkan sekalai lagi, iaitu projek PINTAR adalah satu projek ekonomi, selalin memberikan faedah kepada bidangusaha sawit ( win-win situations )

Anda boleh memperoleinya daripada beberapa sumber, seperti berikut;











Dari sudut produktiviti, saya amat menyarankan supaya ternakan daripada sistem tradisional, yang berproduktiviti rendah, dipindahkan ke sistem PINTAR yang berproduktiviti lebih tinggi. Para penternak boleh menilai aset mereka dan dimasukkan ke dalam ekuiti pelaburan projek PINTAR. Rundingan perlulah dibuat antara pengusaha PINTAR dan para pemilik ternakan dan dimeterai dengan satu perjanjian yang sah. Jika mereka mahu menjualkan aset mereka, itu mungkin lebih mudah dan baik.

Setiap punca ternakan ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Apa yang mustahak dalam proses perolehan ini ialah, setiap ternakan yang diperolehi disahkan bebas daripada penyakit-penyakit seperti Brucellosis, Johnes, dan TB. Bagi memudahkan pihak anda, saya menyarankan eloklah anda berpakat dengan pihak JPV setempat bagi melaksanakan kegiatan ini.

Anda juga, biasanya akan membuat beberapa kali perolehan, untuk mencukupkan jumlah induk sebanyak 100 ekor dan pejantan sebanyak 5 ekor bagi satu-satu projek.

Setelah seminggu berehat di dalam kandang orientasi di ladang, setiap ternakan diberikan nombor pengenalan. Sebaiknya di kedua belah telinga ternakan. Ini bagi mengelakkan kesukaran penilaian dan pengiraan nanti, kerana nombor ini biasanya tidak bertahan lama, hanya sekitaran 4 ke 5 bulan mungkin banyak yang telah tertanggal oleh pelbagai masaalah.


Skian buat kali ini,


Dr Azizol Mohd Sharun

PENYELARAS PUSINGAN RAGUTTAN TERNAKAN DENGAN AKTIVITI PENGURUSAN LADANG SAWIT

Salam hormat,

Seterusnya satu pelan pusingan raggutan dirangka dan disesuaikan dengan akviviti pengurusan ladang berkenaan. Pengharmonian ini dibuat bagi memastikan tiada pertembungan antara petak raggutan dengan petak di mana aktiviti pengurusan ladang sedang dilakukan, seperti memetik buah dan membaja. Jika ini berlaku banyak ternakan akan mati akibah memakan baja, disebaliknya juga ladang akan kerugian dari sudut pembajaan.

Kerja-kerja merancang pengharmonian ini di buat antara pegawai penyelaras projek, dulunya dikenali sebagai Pegawai TAC, dan Pengurus ladang dan sesiapa lagi yang terlibat dengan kedua-dua aktiviti ini.

Dari sudut teorinya, pengharmonian ini akan menunjukkan petak raggutan jauh berada dihadapan aktiviti perladangan, seperti berikut,



Dari sudut realitinya, pada sebuah ladang sebenar, pelan ini berupa seperti berikut,



Pelan ini disimpan dan dipamirkan dipejabat ladang bagi memudahkan rujukan kedua-dua pihak dari masa ke semasa.

Seterusnya, setelah ternakan menjalani orientasi, maka bermulah program raggutan berpusingan ini di ladang. Dari masa ke semasa pegawai projek dan pengurus atau pemilik ladang perlu meninjau ke lokasi bagi membuat penilaian akan keberkesanan pelan pusingan yang di rangka. Penambahbaikan boleh dibuat semasa melalui pusingan yang akan datang, dan seterusnya.

Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun

Sunday, January 27, 2013

PRASYARAT PROJEK

Salam hormat,

Seterusnya saya hendak menerangkan beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik perladangan, untuk memastikan projek integrasi ini boleh berjaya. Kesemua prasyarat berkenaan saya paparkan melalui slide berikut;



Prasyarat pertama, di dalam kawasan 1,000 ekar yang dicadang akan digunapaki bagi projek ini tidak terdapat ternakan ruminan lain yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meragut. Kadangkala kita dapati di dalam kawasan yang sama atau bersempadanan dengan kawasan integrasi ini terdapat lembu atau kerbau milik pekerja ladang. Jika ini kedudukanya, projek integrasi akan gagal dan ternakan sukar dikawal. Jangkitan penyakit juga boleh berlaku dalam keadaan ini. Jadi selesaikan dahulu masaalah ternakan yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meraggut.

Prasyarat kedua, kawasan yang dicadangkan mempunyai kelapa sawit yang berumur melebihi 3 ke 5 tahun. Pada umur sawit 3 tahun, jika pusingan raggutan dijaga dengan baik, ternakan tidak akan memakan daun sawit. Kecuaian pengembala boleh mengakibahkan anak-anak kelapa sawit habis rosak dimakan lembu. Dalam keadaan ini lembu telah menjadi pests atau perosak kepada tanaman sawit dan pemilik ladang tidak mahu ini berlaku.



Seterusnya, kawasan yang dicadangkan ini mistilah berumpai. Jika tiada rumpai, projek ini tidak sesuai dijalankan. Ingat, tujuan asal projek ialah hendak merumpai dengan kos yang paling murah. Jika tiada rumpai dan pemilik ladang masih hendak menjalankan projek, kawasan ini hanya boleh dimulakan projek selepas 6 bulan.






Terakhir sekali dan amat penting, pengusaha atau pemilik ladang perlu mendapat latihan atau kursus pendedahan kepada projek integrasi ini sebelum memulakan projek. Pendedahan yang diberikan disepanjang kursus akan memberikan keyakinan bahawa teknologi integrasi dan perladangan kelapa sawit adalah satu gandingan atau synergy menang bersama (win-win).




Skian dahulu buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 25, 2013

KOMPONEN TEKNOLOGI INTEGRASI

Salam hormat,

Sebelum saya menyatakan komponen teknologi ini, elok saya berikan takrif projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit dahulu. Definasi tersebut adalah seperti yang terkandung di dalam slide berikut:-



Berikutnya, komponen sistem integrasi ini, seperti yang terdapat di dalam slide berikut pula,



Pertama, bagi kawasan 1,000 ekar kawasan sawit ialah 100 ekor lembu betina pembiak dan 3 ke 5 ekor penjantan. Seeloknya terdiri daripada lembu dara (majority) dan bakinya yang telah beranak dua atau tiga kali. Pendek kata berumur antara 3 ke 8 tahun.

Seterusnya pastikan punca ternakan yang bersih atau yang telah disahkan bersih penyakit setelah saringan darah dibuat. Penyakit terpenting dan perlu bebas ialah Brucellosis .

Seterusnya mengenai baka ternakan.  Menerusi pengalaman saya yang pernah terlibat dengan pembangunan projek integrasi ini selama 15 tahun, menyarankan baka yang paling sesuai ialah baka Kedah-Kelantan atau ringkasnya KK. Saya perhatikan biomass yang terdapat di bawah pohon sawit tidak mampu menampung ternakan yang melebihi 300 Kg, misalnya lembu baka Brahman. Saya lihat produktiviti lembu-lembu Brahman atau kacukanya tidak begitu memberansangkan dan mengganggu aliran tunai projek integrasi.



Di dalam satu-satu projek integrasi memerlukan 2 set pagar elektrik. Ia boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat berkaitan ternakan dan makanan ternakan.




Seterusnya di dalam ladang yang hendak melaksanakan projek ini ada menyediakan sebuah kandang. Saiz kandang ini mampu memuatkan kira-kira 300 ekor ternakan lembu. Kandang ini diperlukan untuk proses orientasi ternakan kepada sistem pagar elektrik, sebelum diteruskan kepada sistem ragutan berpusingan. Tanpa proses orientasi ini, ternakan lembu sukar dikawal dengan menggunakan pagar elektrik, seterusnya sistem raggutan berpusingan tidak dapat dilaksanakan. Kandang ini juga diperlukan bagi kerja-kerja kesihatan ternakan apabila gerompok ini melalui petak ragutan dimana kandang ini terletak.



Selain daripada itu diperlukan juga bekas air minuman ternakan yang boleh dipindahkan dari setempat ke setempat.



Jika bersesuaian sebuah pondok untuk sigembala disediakan. Kecurian ternakan di ladang-ladang, bergantung kepada kawasan, agak serius dari masa ke semasa. Tambahan pula sekarang ini ternakan ada harga.



Sekian dahulu buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun.

Sunday, November 4, 2012

LEMBU PEDAGING SEBAGAI SATU TEKNOLOGI KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT

Teknologi bole ditakrifkan sebagai Sesuatu kaedah yang lebih baik untuk melakukan sesuatu kerja ( A better method of doing something ).

Salah satu daripada teknologi yang agak lama dan masih diterima pakai oleh sektor perladangan sehingga ke hari ini ialah penggunaan Burung Hantu bagi mengawal tikus-tikus yang boleh merosakkan buah kelapa sawit.



Saya juga perhatikan ada beberapa buah ladang tertentu telah menggunakan khidmat Kerbau (sebagai satu teknologi), untuk memungah dan mengangkut buah-buah sawit ke lokasi yang mana kenderaan lain boleh mengambilnya.



Kita juga mengetahui beberapa buah ladang GLC dan swasta juga telah menggunakan teknologi lembu pedaging ( saya biasa sebutkan sebagai racun cap gigi ) sebagai ejen merumpai yang berkesan di dalam ladang-ladang mereka.



Cuma kita dimaklumkan jumlah ladang yang menggunakan teknologi ini terlalu kecil berbanding dengan keluasa kawasan sawit yang ada. Oleh yang demikian kesanya terhadap pengurangan jumlah pekerja asing adalah tidak banyak. Penggunaan teknologi ini terbukti mampu mengurangkan jumlah pekerja di ladang (paparan berikut). Bermakna, kita boleh mengantikan khidmat pekerja asing ini dengan menjalankan peternakan lembu pedaaging secara saintifik di ladang-ladang sawit.





Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Friday, November 2, 2012

KENYATAAN AKHBAR: NEW STRAITS TIMES DISEMBER 10, TAHUN 2001

Menurut kenyataan tersebut (lihat gambar di bawah), sebanyak RM5 billion wang negara mengalir keluar dalam setahun, melalui pekerja asing yang bekerja di dalam negara kita. Kemungkinan sekarang amaun yang mengalir keluar ini jauh lebih banyak daripada itu. Juga saya yakin kita semua mengetahui, salah satu sektor yang ramai mengaji pekerja asing ini ialah sektor perladangan sawit.



Persoalanya, apakah yang boleh sektor ini lakukan bagi mengurangkan pengaliran wang tersebut? Satu daripada usaha yang boleh dilakukan dan telah TERBUKTI berkesan ialah dengan menggunakan ternakan lembu pedaging, yang diternak secara saintifik, sebagai ejen merumpai di ladang-ladang sawit.

Bagaimana caranya? Saya akan menerangkannya, melalui blog ini dalam penulisan di masa yang akan datang, secara terperinci bagaimana sistem ini boleh dilaksanakan.

Saya sedar kalau kita perhatikan secara dekat isu ini, usaha untuk mengurangkan pengaliran keluar wang negara ini bukanlah terletak atau menjadi tanggungjawab The Planters. Tetapi jika mereka ini mempunyai tanggungjawab sosial, maka usaha pengurangan jumlah pekerja asing di sektor ini boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing, tanpa menjejaskan produktiviti ladang.

Mungkin soal tanggungjawab sosial atau semangat petriotisma amnya boleh dilihat membebankan, tetapi jelas fakta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pengalaman saya sendiri membuktikan ia memberikan keuntungan kepada ladang. Apakah soal keuntungan ini tidak penting kepada aliran tunai sesebuah ladang? Cuba teliti penjimatan oleh sebuah ladang, apabila menggunakan ternakan lembu pedaging sebagai ejen merunpai, lihat paparan berikut,



Bagi kawasan seluas 100 hektar dalam tempoh 15 tahun  ( kira satu pusingan sawit) penjimatan mengikut kiraan tahun 2001 ( di atas ) ialah sebanyak RM66 juta. Mengikut kiraan semasa ia mungkin mencecah RM100 juta. Apakah nilai RM100 juta ini kecil? Fikir-fikirkanlah...


Skian,


Dr Azizol Mohd Sharun