Salam hormat,
Seterusnya saya hendak menerangkan beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik perladangan, untuk memastikan projek integrasi ini boleh berjaya. Kesemua prasyarat berkenaan saya paparkan melalui slide berikut;
Prasyarat pertama, di dalam kawasan 1,000 ekar yang dicadang akan digunapaki bagi projek ini tidak terdapat ternakan ruminan lain yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meragut. Kadangkala kita dapati di dalam kawasan yang sama atau bersempadanan dengan kawasan integrasi ini terdapat lembu atau kerbau milik pekerja ladang. Jika ini kedudukanya, projek integrasi akan gagal dan ternakan sukar dikawal. Jangkitan penyakit juga boleh berlaku dalam keadaan ini. Jadi selesaikan dahulu masaalah ternakan yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meraggut.
Prasyarat kedua, kawasan yang dicadangkan mempunyai kelapa sawit yang berumur melebihi 3 ke 5 tahun. Pada umur sawit 3 tahun, jika pusingan raggutan dijaga dengan baik, ternakan tidak akan memakan daun sawit. Kecuaian pengembala boleh mengakibahkan anak-anak kelapa sawit habis rosak dimakan lembu. Dalam keadaan ini lembu telah menjadi pests atau perosak kepada tanaman sawit dan pemilik ladang tidak mahu ini berlaku.
Seterusnya, kawasan yang dicadangkan ini mistilah berumpai. Jika tiada rumpai, projek ini tidak sesuai dijalankan. Ingat, tujuan asal projek ialah hendak merumpai dengan kos yang paling murah. Jika tiada rumpai dan pemilik ladang masih hendak menjalankan projek, kawasan ini hanya boleh dimulakan projek selepas 6 bulan.
Terakhir sekali dan amat penting, pengusaha atau pemilik ladang perlu mendapat latihan atau kursus pendedahan kepada projek integrasi ini sebelum memulakan projek. Pendedahan yang diberikan disepanjang kursus akan memberikan keyakinan bahawa teknologi integrasi dan perladangan kelapa sawit adalah satu gandingan atau synergy menang bersama (win-win).
Skian dahulu buat kali ini.
Dr Azizol Mohd Sharun
Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini
Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.
Sunday, January 27, 2013
Friday, January 25, 2013
KOMPONEN TEKNOLOGI INTEGRASI
Salam hormat,
Sebelum saya menyatakan komponen teknologi ini, elok saya berikan takrif projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit dahulu. Definasi tersebut adalah seperti yang terkandung di dalam slide berikut:-
Berikutnya, komponen sistem integrasi ini, seperti yang terdapat di dalam slide berikut pula,
Pertama, bagi kawasan 1,000 ekar kawasan sawit ialah 100 ekor lembu betina pembiak dan 3 ke 5 ekor penjantan. Seeloknya terdiri daripada lembu dara (majority) dan bakinya yang telah beranak dua atau tiga kali. Pendek kata berumur antara 3 ke 8 tahun.
Seterusnya pastikan punca ternakan yang bersih atau yang telah disahkan bersih penyakit setelah saringan darah dibuat. Penyakit terpenting dan perlu bebas ialah Brucellosis .
Seterusnya mengenai baka ternakan. Menerusi pengalaman saya yang pernah terlibat dengan pembangunan projek integrasi ini selama 15 tahun, menyarankan baka yang paling sesuai ialah baka Kedah-Kelantan atau ringkasnya KK. Saya perhatikan biomass yang terdapat di bawah pohon sawit tidak mampu menampung ternakan yang melebihi 300 Kg, misalnya lembu baka Brahman. Saya lihat produktiviti lembu-lembu Brahman atau kacukanya tidak begitu memberansangkan dan mengganggu aliran tunai projek integrasi.
Di dalam satu-satu projek integrasi memerlukan 2 set pagar elektrik. Ia boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat berkaitan ternakan dan makanan ternakan.
Seterusnya di dalam ladang yang hendak melaksanakan projek ini ada menyediakan sebuah kandang. Saiz kandang ini mampu memuatkan kira-kira 300 ekor ternakan lembu. Kandang ini diperlukan untuk proses orientasi ternakan kepada sistem pagar elektrik, sebelum diteruskan kepada sistem ragutan berpusingan. Tanpa proses orientasi ini, ternakan lembu sukar dikawal dengan menggunakan pagar elektrik, seterusnya sistem raggutan berpusingan tidak dapat dilaksanakan. Kandang ini juga diperlukan bagi kerja-kerja kesihatan ternakan apabila gerompok ini melalui petak ragutan dimana kandang ini terletak.
Selain daripada itu diperlukan juga bekas air minuman ternakan yang boleh dipindahkan dari setempat ke setempat.
Jika bersesuaian sebuah pondok untuk sigembala disediakan. Kecurian ternakan di ladang-ladang, bergantung kepada kawasan, agak serius dari masa ke semasa. Tambahan pula sekarang ini ternakan ada harga.
Sekian dahulu buat kali ini.
Dr Azizol Mohd Sharun.

Sunday, November 4, 2012
LEMBU PEDAGING SEBAGAI SATU TEKNOLOGI KEPADA PERLADANGAN KELAPA SAWIT
Teknologi bole ditakrifkan sebagai Sesuatu kaedah yang lebih baik untuk melakukan sesuatu kerja ( A better method of doing something ).
Salah satu daripada teknologi yang agak lama dan masih diterima pakai oleh sektor perladangan sehingga ke hari ini ialah penggunaan Burung Hantu bagi mengawal tikus-tikus yang boleh merosakkan buah kelapa sawit.
Saya juga perhatikan ada beberapa buah ladang tertentu telah menggunakan khidmat Kerbau (sebagai satu teknologi), untuk memungah dan mengangkut buah-buah sawit ke lokasi yang mana kenderaan lain boleh mengambilnya.
Kita juga mengetahui beberapa buah ladang GLC dan swasta juga telah menggunakan teknologi lembu pedaging ( saya biasa sebutkan sebagai racun cap gigi ) sebagai ejen merumpai yang berkesan di dalam ladang-ladang mereka.
Cuma kita dimaklumkan jumlah ladang yang menggunakan teknologi ini terlalu kecil berbanding dengan keluasa kawasan sawit yang ada. Oleh yang demikian kesanya terhadap pengurangan jumlah pekerja asing adalah tidak banyak. Penggunaan teknologi ini terbukti mampu mengurangkan jumlah pekerja di ladang (paparan berikut). Bermakna, kita boleh mengantikan khidmat pekerja asing ini dengan menjalankan peternakan lembu pedaaging secara saintifik di ladang-ladang sawit.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Friday, November 2, 2012
KENYATAAN AKHBAR: NEW STRAITS TIMES DISEMBER 10, TAHUN 2001
Menurut kenyataan tersebut (lihat gambar di bawah), sebanyak RM5 billion wang negara mengalir keluar dalam setahun, melalui pekerja asing yang bekerja di dalam negara kita. Kemungkinan sekarang amaun yang mengalir keluar ini jauh lebih banyak daripada itu. Juga saya yakin kita semua mengetahui, salah satu sektor yang ramai mengaji pekerja asing ini ialah sektor perladangan sawit.
Persoalanya, apakah yang boleh sektor ini lakukan bagi mengurangkan pengaliran wang tersebut? Satu daripada usaha yang boleh dilakukan dan telah TERBUKTI berkesan ialah dengan menggunakan ternakan lembu pedaging, yang diternak secara saintifik, sebagai ejen merumpai di ladang-ladang sawit.
Bagaimana caranya? Saya akan menerangkannya, melalui blog ini dalam penulisan di masa yang akan datang, secara terperinci bagaimana sistem ini boleh dilaksanakan.
Saya sedar kalau kita perhatikan secara dekat isu ini, usaha untuk mengurangkan pengaliran keluar wang negara ini bukanlah terletak atau menjadi tanggungjawab The Planters. Tetapi jika mereka ini mempunyai tanggungjawab sosial, maka usaha pengurangan jumlah pekerja asing di sektor ini boleh dilakukan mengikut kemampuan masing-masing, tanpa menjejaskan produktiviti ladang.
Mungkin soal tanggungjawab sosial atau semangat petriotisma amnya boleh dilihat membebankan, tetapi jelas fakta daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan pengalaman saya sendiri membuktikan ia memberikan keuntungan kepada ladang. Apakah soal keuntungan ini tidak penting kepada aliran tunai sesebuah ladang? Cuba teliti penjimatan oleh sebuah ladang, apabila menggunakan ternakan lembu pedaging sebagai ejen merunpai, lihat paparan berikut,
Bagi kawasan seluas 100 hektar dalam tempoh 15 tahun ( kira satu pusingan sawit) penjimatan mengikut kiraan tahun 2001 ( di atas ) ialah sebanyak RM66 juta. Mengikut kiraan semasa ia mungkin mencecah RM100 juta. Apakah nilai RM100 juta ini kecil? Fikir-fikirkanlah...

Sunday, October 21, 2012
PENGALAMAN SAYA
Amnya, saya semasa berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (1979 -2010), dan kini dikenali dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, saya banyak menimba pengalaman dalam bidangusaha lembu pedaging. Pada tahun 1979 saya bertugas di ladang Jelai-Gemas di Negeri Sembilan. Kemudian antara 1980 ke 1984 bekerja di Institiut Haiwan Kluang. Sekembalinya saya daripada melanjutkan pelajaran di Australia pada thaun 1986, saya berkhidmat sebagai Pengurus di Ladang Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur, Tanah Merah Kelantan. Ladang ini mengkhususkan bidang pengeluaran lembu pedaging.
Mulai tahun 1990, saya berkhidmat sebagai Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang. Semasa di sinilah saya banyak memberikan tumpuan membangunkan projek-projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit atau ringkasnya projek PINTAR.
Semasa berkhidmat di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan di Bukit Damansara antara tahun 1996 hingga tahun 2003, sebagai Ketua Unit Pedaging, saya membangunkan projek PINTAR di seluruh negara melalui konsep pembangunan Kawasan Tumpuan Sasaran atau lebih dikenali sebagai projek TAC. Dalam tempoh ini saya banyak menimba pengalaman, terutamanya mengenai isu-isu pokok perlaksanaan projek.
Tumpuan perlaksanaan projek integrasi pada ketika itu ialah perladangan milik swasta. Walau pun pada ketika itu ramai pemilik perladangan ini tidak berminat dengan gandingan ternakan lembu pedaging dengan tanaman kelapa sawit.
Skian.sebagai pendahuluan...

Subscribe to:
Posts (Atom)