Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Monday, November 24, 2014

EN JURIS SEORANG ORANG ASLI YANG BERJAYA MENTERNAK LEMBU

Salam hormat,

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2003, dan dalam tempoh kira-kira 10 tahun, beliau mempunyai hampir 600 ekor ternakan lembu pedaging. Saya menganggarkan aset ternakan beliau bernilai melebihi RM500,000.00.

Menurut sejarahnya, bapa beliau telah juga menternak lembu pedaging secara kecil-kecilan satu ketika dahulu. Di masa itulah beliau mula diberikan pendedahan kepada pemeliharaan ternakan lembu ini. Pada mulanya beliau tidak berminat dengan kegiatan ini, tetapi lama kelamaan apabila jumlah jualan mencecah 20 ekor sekali jual, keyakinan dan minat beliau untuk meneruskan ketahap lebih besar timbul. Beliau terus mengusahakan gerompok ternakan ini bersama ahli keluarga, khususnya dengan anak beliau yang ke dua, sehinggalah ke hari ini.


Beliau menternak lembu di kawasan tanah milik FELCRA, yang mana beliau telah mendapat kebenaran secara bertulis. Sungguh pun menternak di bawah kelapa sawit, beliau tidak menjalankan projek integrasi sepenuhnya. Tiada pagar elektrik diguna dan tiada sistem pusingan petak raggutan di amalkan. Dari segi baka, ternakan beliau terdiri daripada lembu tempatan (KK) dan kacukan Brahman. Kadar kelahiran secara purata 70% setahun. Saya perhatikan En Juris memberikan garam jilat kepada ternakan lembu beliau. Garam jilat dibeli daripada pekan Bahau di N. Sembulan. Saya juga perhatikan susuk badan ternakan beliau amnya amat baik ( skor badan secara purata antara 7 ke 8).



Beliau menerima perkhidmatan daripada JPV Muadzam Shah. Projek beliau juga pernah menerima bantuan JPV di bawah skim TRUST sebanyak 20 ekor. Kini satu percubaan menggunaakan nombor pengenalan berkonsepkan RFID sedang dilaksanakan.

Dari sudut pengurusan pula, tidak banyak aktiviti harianya. Pentingnya beliau melakukan rondaan 2 ke 3 kali dalam sehari dan sekali daripadanya disebelah malam. Sungguh pun demikian, menurut beliau lagi, kehilangan ternakan pernah berlaku terutamanya apabila mendekati musim perayaan orang Melayu seperti Hari Raya Puasa dan Korban. Rutin beliau, sebelah pagi dan petang bersama ternakan dan tengah hari beliau meneruskan usaha membangunkan kira-kira 40 ekar tanaman sawit. Saya percaya dengan tambahan perladangan sawit milik sendiri, satu masa nanti beliau akan mencapai tahap seorang jutawan.



Skian, untuk renungan kita bersama.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 21, 2014

EKONOMI BIDANGUSAHA

Salam hormat,

Kajian saya terkini (2014) mendapati projek ini masih menguntungkan. Bagi satu projek di perladangan kelapa sawit di Gambang, Kuantan, seluas 1,000 ekar, hanya sekitaran 500 ekar sesuai dilaksanakan projek. Saiz induk pembiak ialah 70 ekor dan 3 ekor pejantan. Kadar pulangan Dalaman projek ini (IRR) ialah 22% dan titik pulang modal pada tahuan ke 6.

Pendapatan projek ialah hasil jualan lembu pedaging, sama ada untuk tujuan penyembelihan mahu pun untuk pembiakkan. Hasil kedua ialah perkongsian keuntungan daripada penjimatan kos merumpai. Bagi projek di atas, jualan lembu pedaging ialah sebanyak 30 ekor dan bermula pada tahun ke 3. Pendapatan daripada penjimatan kos merumpai ialah sebanyak RM28,500 setahun (purata).

Kos Tetap Projek adalah seperti berikut:-

1. Kandang (sebuah) : RM60,000.00
2. Alat timbang (satu unit) : RM4,000.00
3. Set pagar elektrik (2 unit ): RM7,000.00
4. Pondok mudah alih ( satu unit ): RM15,000.00
5. Tangki aiat mudahalih (satu unit): RM10,000.00

          Jumlah: RM96,000.00

Kos berubah (Tahun Pertama) adalah seperti berikut:-

1. Makanan tambahan: RM8,000.00
2. Pengurusan: RM21,600.00
3. Ternakan Lembu : RM140,000.00
4. Lain-Lain kos: RM5,000.00

        Jumlah: RM175,100.00
        Bagi tahun-tahun berikutnya: RM34,600.00


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun