Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Tuesday, December 2, 2014

KEPALA BALAI INSEMINASI BUATAN LEMBANG, INDONESIA MELAWAT PROJEK INTEGRASI PASFA

Salam hormat,

Balai Inseminasi Buatan, atau Pusat Permanian Beradas, Lembang Bandung Indonesia, yang diketuai oleh Drh Oloan Parlindungan, bersama dua kakitangan yang lain, telah mengadakan lawatan singkat ke projek integrasi PASFA di Ladang Bukit Kerisek, Muadzam Shah, Rompin Pahang pada 26.11.14 lalu.


                         Drh Oloan (no3 dari kiri) dan Ahli Rombongan

Mereka ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi bagaimana peternakan lembu pedaging secara integrasi dijalankan. Tinjauan ini boleh memberikan gambaran kepada mereka bagai mana  air mani beku yang telah mereka hasilkan boleh dimunafaatkan di projek-projek seperti ini di Malaysia.

Peternakan lembu di PASFA telah dirancang pada tahun 2015 untuk memasukan teknologi permanian beradas ini sebagai sebahagian daripada aktiviti pembiakbakaannya.

PASFA lebih-lebih lagi berminat untuk menggunapakai air mani yang telah diasingkan mengikut jantina anak yang akan dilahirkan (sexed semen). Harga setiap straw adalah sekiatran RM50.00. Mengikut badan ini, kadar ketepatan jantina anak yang akan dilahirkan hanyalah sekitaran 80%. Bermankanya 20% akan berlaku kelahiran anak mempunyai jantina yang berlainan. Misalnya, jika straw anak jantan digunakan, kemungkinan lahirnya anak betina masih ada, sekitaran 20%.

Jika penggunaan sexed seman ini berjaya dan meyakinkan, PASFA akan memunafaatkan baka-baka seperti Charolais, limousne, Blue Bega dll. untuk mempertingkatkan mutu ternakan dan lembu baka yang akan dihasilkan. Kaedah ini membolehkan aktiviti pemasaran hasil dijalankan dengan lebih berkensan, seterusnya ia mampu meningkatkan keuntungan syarikat di masa-masa yang akan datang.


                         Anak Kacukan Brahman Di Ladang Bukit Kerisek

Di sepanjang MAHA di adakan, badan ini telah turut serta membuat pamiran produk-produk air mani beku keluaran mereka, untuk pasaran negara kita.


Skian,


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

Monday, November 24, 2014

EN JURIS SEORANG ORANG ASLI YANG BERJAYA MENTERNAK LEMBU

Salam hormat,

Bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2003, dan dalam tempoh kira-kira 10 tahun, beliau mempunyai hampir 600 ekor ternakan lembu pedaging. Saya menganggarkan aset ternakan beliau bernilai melebihi RM500,000.00.

Menurut sejarahnya, bapa beliau telah juga menternak lembu pedaging secara kecil-kecilan satu ketika dahulu. Di masa itulah beliau mula diberikan pendedahan kepada pemeliharaan ternakan lembu ini. Pada mulanya beliau tidak berminat dengan kegiatan ini, tetapi lama kelamaan apabila jumlah jualan mencecah 20 ekor sekali jual, keyakinan dan minat beliau untuk meneruskan ketahap lebih besar timbul. Beliau terus mengusahakan gerompok ternakan ini bersama ahli keluarga, khususnya dengan anak beliau yang ke dua, sehinggalah ke hari ini.


Beliau menternak lembu di kawasan tanah milik FELCRA, yang mana beliau telah mendapat kebenaran secara bertulis. Sungguh pun menternak di bawah kelapa sawit, beliau tidak menjalankan projek integrasi sepenuhnya. Tiada pagar elektrik diguna dan tiada sistem pusingan petak raggutan di amalkan. Dari segi baka, ternakan beliau terdiri daripada lembu tempatan (KK) dan kacukan Brahman. Kadar kelahiran secara purata 70% setahun. Saya perhatikan En Juris memberikan garam jilat kepada ternakan lembu beliau. Garam jilat dibeli daripada pekan Bahau di N. Sembulan. Saya juga perhatikan susuk badan ternakan beliau amnya amat baik ( skor badan secara purata antara 7 ke 8).



Beliau menerima perkhidmatan daripada JPV Muadzam Shah. Projek beliau juga pernah menerima bantuan JPV di bawah skim TRUST sebanyak 20 ekor. Kini satu percubaan menggunaakan nombor pengenalan berkonsepkan RFID sedang dilaksanakan.

Dari sudut pengurusan pula, tidak banyak aktiviti harianya. Pentingnya beliau melakukan rondaan 2 ke 3 kali dalam sehari dan sekali daripadanya disebelah malam. Sungguh pun demikian, menurut beliau lagi, kehilangan ternakan pernah berlaku terutamanya apabila mendekati musim perayaan orang Melayu seperti Hari Raya Puasa dan Korban. Rutin beliau, sebelah pagi dan petang bersama ternakan dan tengah hari beliau meneruskan usaha membangunkan kira-kira 40 ekar tanaman sawit. Saya percaya dengan tambahan perladangan sawit milik sendiri, satu masa nanti beliau akan mencapai tahap seorang jutawan.



Skian, untuk renungan kita bersama.


Dr Azizol bin Mohd Sharun

Friday, November 21, 2014

EKONOMI BIDANGUSAHA

Salam hormat,

Kajian saya terkini (2014) mendapati projek ini masih menguntungkan. Bagi satu projek di perladangan kelapa sawit di Gambang, Kuantan, seluas 1,000 ekar, hanya sekitaran 500 ekar sesuai dilaksanakan projek. Saiz induk pembiak ialah 70 ekor dan 3 ekor pejantan. Kadar pulangan Dalaman projek ini (IRR) ialah 22% dan titik pulang modal pada tahuan ke 6.

Pendapatan projek ialah hasil jualan lembu pedaging, sama ada untuk tujuan penyembelihan mahu pun untuk pembiakkan. Hasil kedua ialah perkongsian keuntungan daripada penjimatan kos merumpai. Bagi projek di atas, jualan lembu pedaging ialah sebanyak 30 ekor dan bermula pada tahun ke 3. Pendapatan daripada penjimatan kos merumpai ialah sebanyak RM28,500 setahun (purata).

Kos Tetap Projek adalah seperti berikut:-

1. Kandang (sebuah) : RM60,000.00
2. Alat timbang (satu unit) : RM4,000.00
3. Set pagar elektrik (2 unit ): RM7,000.00
4. Pondok mudah alih ( satu unit ): RM15,000.00
5. Tangki aiat mudahalih (satu unit): RM10,000.00

          Jumlah: RM96,000.00

Kos berubah (Tahun Pertama) adalah seperti berikut:-

1. Makanan tambahan: RM8,000.00
2. Pengurusan: RM21,600.00
3. Ternakan Lembu : RM140,000.00
4. Lain-Lain kos: RM5,000.00

        Jumlah: RM175,100.00
        Bagi tahun-tahun berikutnya: RM34,600.00


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun