Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Sunday, January 27, 2013

PRASYARAT PROJEK

Salam hormat,

Seterusnya saya hendak menerangkan beberapa prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemilik perladangan, untuk memastikan projek integrasi ini boleh berjaya. Kesemua prasyarat berkenaan saya paparkan melalui slide berikut;



Prasyarat pertama, di dalam kawasan 1,000 ekar yang dicadang akan digunapaki bagi projek ini tidak terdapat ternakan ruminan lain yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meragut. Kadangkala kita dapati di dalam kawasan yang sama atau bersempadanan dengan kawasan integrasi ini terdapat lembu atau kerbau milik pekerja ladang. Jika ini kedudukanya, projek integrasi akan gagal dan ternakan sukar dikawal. Jangkitan penyakit juga boleh berlaku dalam keadaan ini. Jadi selesaikan dahulu masaalah ternakan yang berkeliaran atau pun yang menggunapakai kawasan yang sama untuk meraggut.

Prasyarat kedua, kawasan yang dicadangkan mempunyai kelapa sawit yang berumur melebihi 3 ke 5 tahun. Pada umur sawit 3 tahun, jika pusingan raggutan dijaga dengan baik, ternakan tidak akan memakan daun sawit. Kecuaian pengembala boleh mengakibahkan anak-anak kelapa sawit habis rosak dimakan lembu. Dalam keadaan ini lembu telah menjadi pests atau perosak kepada tanaman sawit dan pemilik ladang tidak mahu ini berlaku.



Seterusnya, kawasan yang dicadangkan ini mistilah berumpai. Jika tiada rumpai, projek ini tidak sesuai dijalankan. Ingat, tujuan asal projek ialah hendak merumpai dengan kos yang paling murah. Jika tiada rumpai dan pemilik ladang masih hendak menjalankan projek, kawasan ini hanya boleh dimulakan projek selepas 6 bulan.






Terakhir sekali dan amat penting, pengusaha atau pemilik ladang perlu mendapat latihan atau kursus pendedahan kepada projek integrasi ini sebelum memulakan projek. Pendedahan yang diberikan disepanjang kursus akan memberikan keyakinan bahawa teknologi integrasi dan perladangan kelapa sawit adalah satu gandingan atau synergy menang bersama (win-win).




Skian dahulu buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun

Friday, January 25, 2013

KOMPONEN TEKNOLOGI INTEGRASI

Salam hormat,

Sebelum saya menyatakan komponen teknologi ini, elok saya berikan takrif projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit dahulu. Definasi tersebut adalah seperti yang terkandung di dalam slide berikut:-



Berikutnya, komponen sistem integrasi ini, seperti yang terdapat di dalam slide berikut pula,



Pertama, bagi kawasan 1,000 ekar kawasan sawit ialah 100 ekor lembu betina pembiak dan 3 ke 5 ekor penjantan. Seeloknya terdiri daripada lembu dara (majority) dan bakinya yang telah beranak dua atau tiga kali. Pendek kata berumur antara 3 ke 8 tahun.

Seterusnya pastikan punca ternakan yang bersih atau yang telah disahkan bersih penyakit setelah saringan darah dibuat. Penyakit terpenting dan perlu bebas ialah Brucellosis .

Seterusnya mengenai baka ternakan.  Menerusi pengalaman saya yang pernah terlibat dengan pembangunan projek integrasi ini selama 15 tahun, menyarankan baka yang paling sesuai ialah baka Kedah-Kelantan atau ringkasnya KK. Saya perhatikan biomass yang terdapat di bawah pohon sawit tidak mampu menampung ternakan yang melebihi 300 Kg, misalnya lembu baka Brahman. Saya lihat produktiviti lembu-lembu Brahman atau kacukanya tidak begitu memberansangkan dan mengganggu aliran tunai projek integrasi.



Di dalam satu-satu projek integrasi memerlukan 2 set pagar elektrik. Ia boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat berkaitan ternakan dan makanan ternakan.




Seterusnya di dalam ladang yang hendak melaksanakan projek ini ada menyediakan sebuah kandang. Saiz kandang ini mampu memuatkan kira-kira 300 ekor ternakan lembu. Kandang ini diperlukan untuk proses orientasi ternakan kepada sistem pagar elektrik, sebelum diteruskan kepada sistem ragutan berpusingan. Tanpa proses orientasi ini, ternakan lembu sukar dikawal dengan menggunakan pagar elektrik, seterusnya sistem raggutan berpusingan tidak dapat dilaksanakan. Kandang ini juga diperlukan bagi kerja-kerja kesihatan ternakan apabila gerompok ini melalui petak ragutan dimana kandang ini terletak.



Selain daripada itu diperlukan juga bekas air minuman ternakan yang boleh dipindahkan dari setempat ke setempat.



Jika bersesuaian sebuah pondok untuk sigembala disediakan. Kecurian ternakan di ladang-ladang, bergantung kepada kawasan, agak serius dari masa ke semasa. Tambahan pula sekarang ini ternakan ada harga.



Sekian dahulu buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun.