Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Sunday, October 21, 2012

PENGALAMAN SAYA

Amnya, saya semasa berkhidmat dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (1979 -2010), dan kini dikenali dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, saya banyak menimba pengalaman dalam bidangusaha lembu pedaging. Pada tahun 1979 saya bertugas di ladang Jelai-Gemas di Negeri Sembilan. Kemudian antara 1980 ke 1984 bekerja di Institiut Haiwan Kluang. Sekembalinya saya daripada melanjutkan pelajaran di Australia pada thaun 1986, saya berkhidmat sebagai Pengurus di Ladang Pusat Ternakan Haiwan Pantai Timur, Tanah Merah Kelantan. Ladang ini mengkhususkan bidang pengeluaran lembu pedaging.

Mulai tahun 1990, saya berkhidmat sebagai Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Pahang. Semasa di sinilah saya banyak memberikan tumpuan membangunkan projek-projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit atau ringkasnya projek PINTAR.

Semasa berkhidmat di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan di Bukit Damansara antara tahun 1996 hingga tahun 2003, sebagai Ketua Unit Pedaging, saya membangunkan projek PINTAR di seluruh negara melalui konsep pembangunan Kawasan Tumpuan Sasaran atau lebih dikenali sebagai projek TAC. Dalam tempoh ini saya banyak menimba pengalaman, terutamanya mengenai isu-isu pokok perlaksanaan projek.

Tumpuan perlaksanaan projek integrasi pada ketika itu ialah perladangan milik swasta. Walau pun pada ketika itu ramai pemilik perladangan ini tidak berminat dengan gandingan ternakan lembu pedaging dengan tanaman kelapa sawit.

Skian.sebagai pendahuluan...


Dr Azizol Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment