Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Wednesday, May 15, 2013

KESIHATAN TERNAKAN GEROMPOK (GAHP)

Salam hormat,

Asas kepada keberkesanan aktiviti kesihatan gerompok ialah nombor pengenalan ternakan dan sistem rekod yang digunakan. Tanpa kedua ini, penilaian sukar dibuat. Semasa ternakan mula di bawa masuk dan diorientasikan di dalam kandang yang disediakan, satu aktiviti utama ialah memberikan nombor pengenalan kepada semua ternakan.


Adalah digalakkan supaya nombor diberikan kepada kedua-dua telinga (kiri dan kanan). Biasanya tag nombor ini tidak kekal, dalam lingkungan 3 bulan ia boleh tanggal atau terjatuh. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan yang besar serta implikasi ekonomi bidangusaha, apabila satu tag telah jatuh, dengan segera di ganti.

Dari sudut rekod pula, memadai menggunakan buku (sebarang buku). Apa yang mustahak butiran yang perlu ada di dalam rekod individu ternakan berkenaan. Butiran yang biasa, termasuklah tarikh masuk ke ladang, umur, warna (jika sesuai) dan catitan kesuburan (apa bila pemeriksaan di lakukan). Kenyataan am pula mengandungi perkara-perkara yang berlaku kepada ternakan tersebut, misalnya pengambilan sebarang contoh makmal (darah, tinja dan sebagainya). Kita tidak mengalakkan butiran yang perlu di rekod terlalu banyak hingga menyulitkan pengurusan untuk mengemaskini rekod berkenaan. Perlu di ingat rekod individu ini diperguna sewaktu pengoditan stok.

Kebiasaanya semua ternakan yang di masukkan ke program ini adalah bebas daripada penyakit-penyakit tertentu, misalnya Brucellosis, Johnes dan TB. Dari sudut pengurusan pula, ia ditadbir secara gerompok tertutup (closed herd).

Sebelum ini juga saya ada menyatakan, disepanjang laluan atau pusingan raggutan, ada sebuah kandang. 



Apabila ternakan melalui petak ini, ia akan di masukkan ke dalam kandang untuk dilakukan beberapa aktiviti, seperti:-

      1. Kiraan stok ( Head count),
      2. Pemberian nombor pengenalan baru dan yang terjatuh,
      3. Pemeriksaan kebuntingan ( Pregnancy diagnosis ),
      4. Saringan darah ( jika bersesuaian),
      5. Penimbangan ternakan (untuk jualan dan mengesan kadar penbesaran),
      6. Pemvaksinan penyakit tertentu ( yang endemic bagi kawasan
          berkenaan),
      7. Pemberian ubat cacing.




Ternakan yang hendak di jual untuk daging atau pun disebabkan proses takaian di simpan di kandang. Ternakan lain meneruskan pusingan ragggutan ke petak bersebelahan. Pegawai projek akan menguruskan ternakan ini untuk di jual.

Bagi program kesihatan gerompok ini, kebiasaanya telah di rancang setahun lebih awal serta disahkan antara CEO dan pegawai teknikal JPV(pengembangan) pada sesuatu tarikh. Lawatan mereka ini diberi nama Lawatan Terancang dan BerJadual, ringkasnya LTJ.

Setiap projek integrasi mempunyai sasaran tahunan. Biasanya kita menetapkan seekor ibu (induk) melahirkan seekor anak setiap tahun. Jadinya selepas kegiatan kesihatan gerompok ini, pegawai projek adan CEO akan mengetahui status ternakan dan peratusan yang telah bunting.

Bagi ternakan yang berulang kali sampai ke kandang dan jika 3 kali di dapati tidak bunting, ternakan tersebut di cadang untuk di takai dan diganti dengan yang lebih produktif. Ini semua dibuat bagi memastikan produktiviti projek senantiasa tinggi dan akhirnya menyumbang kepada keuntungan pada tahun yang telah diunjurkan di peringkat perancangan projek.

Skian


Dr Azizol Bin Mohd Sharun

No comments:

Post a Comment