Salam hormat,
Balai Inseminasi Buatan, atau Pusat Permanian Beradas, Lembang Bandung Indonesia, yang diketuai oleh Drh Oloan Parlindungan, bersama dua kakitangan yang lain, telah mengadakan lawatan singkat ke projek integrasi PASFA di Ladang Bukit Kerisek, Muadzam Shah, Rompin Pahang pada 26.11.14 lalu.
Drh Oloan (no3 dari kiri) dan Ahli Rombongan
Mereka ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi bagaimana peternakan lembu pedaging secara integrasi dijalankan. Tinjauan ini boleh memberikan gambaran kepada mereka bagai mana air mani beku yang telah mereka hasilkan boleh dimunafaatkan di projek-projek seperti ini di Malaysia.
Peternakan lembu di PASFA telah dirancang pada tahun 2015 untuk memasukan teknologi permanian beradas ini sebagai sebahagian daripada aktiviti pembiakbakaannya.
PASFA lebih-lebih lagi berminat untuk menggunapakai air mani yang telah diasingkan mengikut jantina anak yang akan dilahirkan (sexed semen). Harga setiap straw adalah sekiatran RM50.00. Mengikut badan ini, kadar ketepatan jantina anak yang akan dilahirkan hanyalah sekitaran 80%. Bermankanya 20% akan berlaku kelahiran anak mempunyai jantina yang berlainan. Misalnya, jika straw anak jantan digunakan, kemungkinan lahirnya anak betina masih ada, sekitaran 20%.
Jika penggunaan sexed seman ini berjaya dan meyakinkan, PASFA akan memunafaatkan baka-baka seperti Charolais, limousne, Blue Bega dll. untuk mempertingkatkan mutu ternakan dan lembu baka yang akan dihasilkan. Kaedah ini membolehkan aktiviti pemasaran hasil dijalankan dengan lebih berkensan, seterusnya ia mampu meningkatkan keuntungan syarikat di masa-masa yang akan datang.
Anak Kacukan Brahman Di Ladang Bukit Kerisek
Di sepanjang MAHA di adakan, badan ini telah turut serta membuat pamiran produk-produk air mani beku keluaran mereka, untuk pasaran negara kita.
Skian,
Dr Azizol Bin Mohd Sharun
No comments:
Post a Comment