Saya bersedia memberikan perkhidmatan kepakaran di dalam bidang ini

Saya bersedia untuk memberikan khidmat kepakaran di dalam bidang ini. Taklimat konsep dan perlaksanaan projek juga boleh diberikan. Sesiapa berminat boleh hubungi saya.

Friday, January 25, 2013

KOMPONEN TEKNOLOGI INTEGRASI

Salam hormat,

Sebelum saya menyatakan komponen teknologi ini, elok saya berikan takrif projek integrasi ternakan lembu pedaging dengan perladangan kelapa sawit dahulu. Definasi tersebut adalah seperti yang terkandung di dalam slide berikut:-



Berikutnya, komponen sistem integrasi ini, seperti yang terdapat di dalam slide berikut pula,



Pertama, bagi kawasan 1,000 ekar kawasan sawit ialah 100 ekor lembu betina pembiak dan 3 ke 5 ekor penjantan. Seeloknya terdiri daripada lembu dara (majority) dan bakinya yang telah beranak dua atau tiga kali. Pendek kata berumur antara 3 ke 8 tahun.

Seterusnya pastikan punca ternakan yang bersih atau yang telah disahkan bersih penyakit setelah saringan darah dibuat. Penyakit terpenting dan perlu bebas ialah Brucellosis .

Seterusnya mengenai baka ternakan.  Menerusi pengalaman saya yang pernah terlibat dengan pembangunan projek integrasi ini selama 15 tahun, menyarankan baka yang paling sesuai ialah baka Kedah-Kelantan atau ringkasnya KK. Saya perhatikan biomass yang terdapat di bawah pohon sawit tidak mampu menampung ternakan yang melebihi 300 Kg, misalnya lembu baka Brahman. Saya lihat produktiviti lembu-lembu Brahman atau kacukanya tidak begitu memberansangkan dan mengganggu aliran tunai projek integrasi.



Di dalam satu-satu projek integrasi memerlukan 2 set pagar elektrik. Ia boleh diperolehi daripada syarikat-syarikat berkaitan ternakan dan makanan ternakan.




Seterusnya di dalam ladang yang hendak melaksanakan projek ini ada menyediakan sebuah kandang. Saiz kandang ini mampu memuatkan kira-kira 300 ekor ternakan lembu. Kandang ini diperlukan untuk proses orientasi ternakan kepada sistem pagar elektrik, sebelum diteruskan kepada sistem ragutan berpusingan. Tanpa proses orientasi ini, ternakan lembu sukar dikawal dengan menggunakan pagar elektrik, seterusnya sistem raggutan berpusingan tidak dapat dilaksanakan. Kandang ini juga diperlukan bagi kerja-kerja kesihatan ternakan apabila gerompok ini melalui petak ragutan dimana kandang ini terletak.



Selain daripada itu diperlukan juga bekas air minuman ternakan yang boleh dipindahkan dari setempat ke setempat.



Jika bersesuaian sebuah pondok untuk sigembala disediakan. Kecurian ternakan di ladang-ladang, bergantung kepada kawasan, agak serius dari masa ke semasa. Tambahan pula sekarang ini ternakan ada harga.



Sekian dahulu buat kali ini.


Dr Azizol Mohd Sharun.

1 comment:

  1. Dear Dr Azizol, May I know what would be the technological component cost for a smaller scale project i.e. 6 acres of land

    ReplyDelete